Thursday, September 3, 2009

Ku Rindu Padamu

Ku rindu padamu,
Kata2 yg tak dapat ku luahkan dengan kata2 tapi hanya hati yang berkata-kata dengan penuh rasa rindu yang tidak dapatku tanggung dan tahan lagi.
Lagi ku ungkapkan ku rindu pada mu,
Mengigatimu membuatkan air mataku mengalir tanpaku sedari,
ku rindu padamu sepenuh hatiku, ketahuilah wahai sayangku, hanya tuhan yang menggetahui perasaanku padamu.
sehingga saat dan ketika ini hatiku utuh merindui dirimu dan sehingga keakhir hayat ini akan tetap merindui dirimu.
Ku amat rindu padamu,
Mengenangkan kembali kisah-kisah dulu membuatkan kurasa bersalah terhadapmu sedangkan kau tidak bersalah atas apa yang berlaku, tidak adil ku melakukan itu semua terhadapmu, tapi janganlah kau salahkan diriku kerana waktu itu ku jua sepertimu tidak mengerti apa-apa, hanya mementingkan diri-sendiri. Menggenangkan peristiwa dulu disuatu hari dipagi raya kau merajuk kerana kau tidak dapt mengikutiku yg kufikirkn kau hanya menyusahkan diri ini. Sebenarnya ku jua cemburu dengan kasih sayang dan perhatian yang diberikan oleh orang sekeliling, dan tak patut kurasakan seperti itu kerana kau berhak memilikinya kerana sememngnya tidak dinafikan ku kagum dengan sikapmu kerana kau seorang yang rajin dan pandai mengmbil hati orang sekeliling, walupun ketika saat itu kau dan aku tidak mengerti apa-apa.
Ku merinduimu walaupun sudah 17 tahun kita terpisah,
Ku masih ingat lagi disuatu pagi yang sangat mendamaikan, kau tidur diruangtamu rumah manakala aku , ibu dan makcik berada didapur, ketika itu aku demam panas manakala dirimu demam biasa, pada satu ketika ibu pergi melihat dirimu dan tiba-tiba kedengaran agak cemas dari ruang tamu dimana tubuhmu yang kaku dipegang erat oleh ibu yang sedang menangis, aku bagaikan tiada perasaan apa-apa waktu itu melihat dirimu bagaikn tiada apa-apa yg berlaku, kejamkah diri ini kerana tidak meratapi pemergianmu. makcik mengangkat aku kepangkuannya dan ku melihat tubuhmu yang kaku tanpa apa-apa perasaan, kata makcik "tengoklah adik dah pergi". ketahuilah ketika ini air mataku mengalir lagi bila mengenangkan dirimu dan kau tetap dihati seorang kakak yang sangat menyayangimu..
Ku sayang dan rindu padamu,
Ketahuilah walai adikku, walaupun kita dipisahkan oleh dua alam dan kau pergi meninggalkan dunia ini ketika kecil membuatkan perasaan cemburuku, rinduku masih menebal padamu, kerana Allah lebih menyayangimu dan kau pergi bagaikan kain puteh yang tiada celanya. Ku merinduimu kerana jika kau ada sekarang mungkin kita boleh menjadi kawan yang baik, main pondok sama-sama, main anak patung kertas sama-sama mesti bestkan.
Ku rindu kamu,
Ku bersyukur pada allah yang telah mengambil kau pada awalnya kerana jika kau masih didunia fana ini nasibmu entah bagaimana dalam menghadapi kemelut yang penuh ranjau dan berduri ini. Sebenarnya perasaan ini sentiasa merasakan kau sentiasa disisi kakak yang sentiasa menjaga dan menziarahi kakak, ketahuilah olehmu adikku aku kan sentiasa memberi hadiah al-fatihah padamu agar kau bahagia disana kerana kau berhak memilikinya dan ku bertuah memiliki seorang adik sepertimu.. Ku benar-benar merinduimu wahai adikku. Akhirnya ku kirimkan hadiah Al-Fatihah buatmu bahagia dialam sana.
Al-Fatihah kpda
Masyitah bt Alias
dari kakak
Hawabi bt Alias

No comments:

Post a Comment