Thursday, September 3, 2009

Ku Rindu Padamu

Ku rindu padamu,
Kata2 yg tak dapat ku luahkan dengan kata2 tapi hanya hati yang berkata-kata dengan penuh rasa rindu yang tidak dapatku tanggung dan tahan lagi.
Lagi ku ungkapkan ku rindu pada mu,
Mengigatimu membuatkan air mataku mengalir tanpaku sedari,
ku rindu padamu sepenuh hatiku, ketahuilah wahai sayangku, hanya tuhan yang menggetahui perasaanku padamu.
sehingga saat dan ketika ini hatiku utuh merindui dirimu dan sehingga keakhir hayat ini akan tetap merindui dirimu.
Ku amat rindu padamu,
Mengenangkan kembali kisah-kisah dulu membuatkan kurasa bersalah terhadapmu sedangkan kau tidak bersalah atas apa yang berlaku, tidak adil ku melakukan itu semua terhadapmu, tapi janganlah kau salahkan diriku kerana waktu itu ku jua sepertimu tidak mengerti apa-apa, hanya mementingkan diri-sendiri. Menggenangkan peristiwa dulu disuatu hari dipagi raya kau merajuk kerana kau tidak dapt mengikutiku yg kufikirkn kau hanya menyusahkan diri ini. Sebenarnya ku jua cemburu dengan kasih sayang dan perhatian yang diberikan oleh orang sekeliling, dan tak patut kurasakan seperti itu kerana kau berhak memilikinya kerana sememngnya tidak dinafikan ku kagum dengan sikapmu kerana kau seorang yang rajin dan pandai mengmbil hati orang sekeliling, walupun ketika saat itu kau dan aku tidak mengerti apa-apa.
Ku merinduimu walaupun sudah 17 tahun kita terpisah,
Ku masih ingat lagi disuatu pagi yang sangat mendamaikan, kau tidur diruangtamu rumah manakala aku , ibu dan makcik berada didapur, ketika itu aku demam panas manakala dirimu demam biasa, pada satu ketika ibu pergi melihat dirimu dan tiba-tiba kedengaran agak cemas dari ruang tamu dimana tubuhmu yang kaku dipegang erat oleh ibu yang sedang menangis, aku bagaikan tiada perasaan apa-apa waktu itu melihat dirimu bagaikn tiada apa-apa yg berlaku, kejamkah diri ini kerana tidak meratapi pemergianmu. makcik mengangkat aku kepangkuannya dan ku melihat tubuhmu yang kaku tanpa apa-apa perasaan, kata makcik "tengoklah adik dah pergi". ketahuilah ketika ini air mataku mengalir lagi bila mengenangkan dirimu dan kau tetap dihati seorang kakak yang sangat menyayangimu..
Ku sayang dan rindu padamu,
Ketahuilah walai adikku, walaupun kita dipisahkan oleh dua alam dan kau pergi meninggalkan dunia ini ketika kecil membuatkan perasaan cemburuku, rinduku masih menebal padamu, kerana Allah lebih menyayangimu dan kau pergi bagaikan kain puteh yang tiada celanya. Ku merinduimu kerana jika kau ada sekarang mungkin kita boleh menjadi kawan yang baik, main pondok sama-sama, main anak patung kertas sama-sama mesti bestkan.
Ku rindu kamu,
Ku bersyukur pada allah yang telah mengambil kau pada awalnya kerana jika kau masih didunia fana ini nasibmu entah bagaimana dalam menghadapi kemelut yang penuh ranjau dan berduri ini. Sebenarnya perasaan ini sentiasa merasakan kau sentiasa disisi kakak yang sentiasa menjaga dan menziarahi kakak, ketahuilah olehmu adikku aku kan sentiasa memberi hadiah al-fatihah padamu agar kau bahagia disana kerana kau berhak memilikinya dan ku bertuah memiliki seorang adik sepertimu.. Ku benar-benar merinduimu wahai adikku. Akhirnya ku kirimkan hadiah Al-Fatihah buatmu bahagia dialam sana.
Al-Fatihah kpda
Masyitah bt Alias
dari kakak
Hawabi bt Alias

Monday, August 24, 2009

My first Poli (PTSS)

POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN



Logo poli yang baru


Hai selamat datang kat blog syani, kat cni sya nak cite ckitlah berkaitan gan tempat belajar sya yang pertama. sya belajar kat polteknik tuanku syed sirajuddin arau perlis masatu ambik sijil perniagaan, klu yang tau kat mana polini mesti diorang rasa tak seronok ckit coz polini dok pedalaman ckit kiranya dok ululah nak kuar pegi bandar iaitu kangar mau kat 30 mnit baru sampai, emm bandar paling dekatpon changlon tp kat ctu xdak apa sangat yang adapun just supermarket changlun yang baru buka, itupon masa saya msih blja kat sanalah dalam 2thun yang lepas..banyak kenangan yang tak dapt dilupakan terutama dengan roomate sya iaitu tirex gan kek pisang heehee nama samaran my bestfriend.. kat bawahni gambar dari pandangan atas poli sya, yang depantu jabatan kejuteraan awam, belakangtu jabatan perdagangan dan lain-2 jabatan lagi, nant ada masa sya masukkan gambar yang lain2 lagi dalam my first poli(1)...

Banyak kenangan yang tak dpat dilupakan, antaranya masa perasmian poli oleh yang dipertuan agong masatu Tuanku syed sirajuddinlah sapa lagi..hehee..Masatu bila kata agong nak datang buat perasmiantu bukan main syok lagi dn tak sabar nak tunggu agung tu datang, dari takdak signbord kepada ada, dari takdak simbol gerbang poli, pada aritu ada plak, tp bila abisje perasmian signbord gan gerbang2tu entah terbang mana..eish.eish heran betul..hehee
logo poli yang lama

Sebelun agung datang kami semua warga poli dah dibahagi-2 tugas masing-2, ada yang kena kat dewan, ada yang kena jaga makanan, ada yang kena jaga kat pintu gerbang nun depan sana, weih penat woo sapa yang kena jaga kat sna dan ada yang kena jaga sepanjang jalan dr pintu gate sampai kedewan, sampailah alkisah kelas kitaorangni kena jaga kat depan pintu kat tempat gatelah kiranya sya gan kwan2 kelas kena jaga kat depan-2 pintu pakgate dok tunggu.
ni depan pintu gate, nama poli yang lama POLIPERLIS
Nak dijadikan ceritanya camni, sya salh seorang yang kena pegang bunga mangar, sebenarnya bunga manggarni bukan sya punya tp sjeje gatal2 nak pegang, weih berat gila pegang bunga mangarni, tapi dek kerana semangat nak sambut agung tu datang tak rasa berat sangatlah..hehee tiba-tiba kedengaran orang yang kat nun pintu gerbang bagtau kata agung dah nak sampai, yang sya tadi dok rancak sembang gan kawan2 tub-tub dah jadi patung cam pelatih ekedemik polislah jap hehee


Hempeh punya mamt buat saspenje kata agung dah datang pada hal kete vip datang..takpalh sabar2.. dok jap sy rasa seram sejukje tiba-tiba, emm rupa-rupanya ujan mau turun daa..rintik2 ujan sudah mulai menitis kebumi, basah gaklah ckit bju, kecohjap kat sepanjang jalan nak terus tunggu tau balikje..tiba-tiba anouncemant kata agung dah datang so kami sabo menuggu lagi, datanglah si agungnya, zup masuk ke perangan poli, masatu ujan dah marah, abis basah baju tapi takpalah dah dapat sambut agung kira berbaloilah..

pemandangan dari atas PTSS

sedang semua orang pakat2 cbuk nak balik tup tup announcemant kata td bukan agung daa tp pemangku dia, kami dah xtau nak kata apa tunggujelah arahan nak beratur balikke dak, ada yang kata balik ada yang kata tunggu, fening-fening..tiba-tiba kedengaran riuh kata agung yang sebenr-benar dan sebetul betulnya dah nak sampai, entah camna semua yang tadi taktau nakwatpa pakat2 lari balik dok kat tempat masing -masing smbil berjuang dengan ujan yang semakin mengganas tanpa menghiraukannya kami semua menunggu dengan penuh kesabaran,

nilah pusat islam PTSS

Sampai pada satu ketika seluruh tubuh eden mengeleto tak tahan den dengan kesejukan, lebih kuarang 10minit sampailah agungnya, yang terujanya agung gan permaisurinya bukak tingkap cermin kete sambil lambai-lambai kat kami sokmo dengan kata2 yang membuatkan kami tidak sia-sia menunggu kedatangannya..katanya "saya dulupun klu dalam latihan kem tentera klu ujan-ujanni abis dah berpecah,korangni memang salutelah",dia xckaplah bahasa korang, kiranya camtulah dia kata..hehee. kiranya kamini orang yang setia dalam penentianlah katakan heee.heee

vip salam gan agung



























































Sakit Hati

Jangan salah sangka dengan tajuk sakit atini, sajeje nak letak tajukni bagi nampak lain ckit..
Tapi memang sakit hati bila memandang semuani..terutama kaum wanitalah..kan wanitani ada 99nafsu tu yang sakit atitu selalu ada..emm xnak tulis banyak2lah nanti boring plakkan ,naktau apa yang saya sakit ati sangattu lihattlah sendiri, saya pasti anda yang tengokpun mesti iri atikan..hehee





Tengolahhh Lihatlahhhh





Jubah hitam yang menggoda hehehee
Jubahni cantikkan..emmm klo dapat satuni kasi
kat makkan best

wana itamnipun cantik, jubah moden bercirikan
tamadun orang dulu-dulu katakan

Jubah ala cinderella muslimah.. cantikkan

kebaya batik coklat

kebaya batik hijauni cantikkan, sy suka kebayani
tp xsuka pakai, tp suka dia punya petenkan!!
sapa setuju angkat tangan..heheee

Jubah hijau (i like it)

Jubah sakura punya datang daa..
emm itu bunga datang dari jepun,
kiranya jubah muslimah jepunlah..hehee

mmm...cantikankan jubah batikni(wana ungu plaktu)
menambahkan keayuan wanita muslimah.

jubah coklat silang puteh

so cute jubah pinknikan


Jubah merah menawan hati sijejaka yang melihat.hehee

Jubah hijau pucuk pisang, sejuk mata
memandangkan..hehee


Jubah coklat yang nampak simple tp menawan pd sipemakai

Saya suka bajuni, boleh pakai gan seluar tau kain,
selesa dalam semua keadaan. menepati
ciri-ciri baju yang saya suka..hehee

Baju kosong kain bercorak batik menyerlahkan lg
keayuan wanita melayu
Betul tak apa sy kata..sakit ati bila tengok baju cantik-cantik tp lagi sakit ati bila xdapat nak milikinya..wuwuuuwawaa sedihnya, bilalah loan nak masuk nak beli baju2ni, dahlah baju aya belum beli lagini...tp walupun sedih hidup mesti diteruskan kann...hehee
SELAMAT MENCUCI MATA DENGAN BAJU-BAJU YANG VOTENI HEHEEE































































































Sunday, August 23, 2009

DI HATI ADA CINTA

Muhammad LOVE Siti Khadijah
Hadirnya memberi seribu kebahagiaan, dalam perjuangan yang penuh berliku.
Dengan adanya disisi, menjadikan segalanya seperti air yang mengalir tanpa halangan.
Perginya satu kehilangan, yang diiringi dengan air mata dengan seribu kerinduan.
Walau tiada lagi jasadmu didunia, tetapi penangan cintamu kekal hingga keakhir hayat..tetap subur dihati...itulah cinta siti khadijah.
Yusuf LOVE Zulaikha
Takkala dirimu dikhianati, tiada perasaan dendam dan dengki.
Kehilanganmu memberi penyiksaan keatas sekeping hati seorng ayah.
Takkala itu, Allah telah menentukan yang terbaik untukmu.
Dipertemu kafilah menjadi barang dagangan, yang akhirnya dijadikan anak angkat saudagar kaya.
Rupaparasmu menjadi igauan sekeping hati, dengan kewarasan fikiranmu cuba menjauhi kemurkaan Allah.
Kau terima seksaan demi keredhaan tuhan yang hakiki.
Allah telah menentukan segalanya, hadirmu sebagai seorang raja telah mengubat hati seorang ayah, dan isi alam.
Allah menentukan segalanya, sekeping hati seorang wanita bernama Zulaikha akhirnya bertahta dihati, menjadi wanita solehah yang sentiasa beramal kepada Allah.
Sulaiman LOVE Balqis
Bersyukur dengan kurnia Allah, atas mukjizat keatas jin dan makhluk lain berkata-kata, menjadikan sulaiman seorang nabi yang dipenuhi dengan sifat yang adil lagi bijaksana.
Hadirnya sang ratu yang tersesat jauh dari agama dengan kekayaan dan kekerasan, membawa satu perjuangan Sulaiman, mengembalikan hati sang ratu kembali kepada penciptanya.
Hanya dengan izin Allah, istana kaca bak air mengalir, akhirnya hati sang ratu keinsafan menghadap pencipta-Nya.